Welcome to my Official blog.. Enjoy your reading at here ♫

Khamis, 21 April 2011

PETUA

Nie anin nak kongsi sikit petua mengikut kajian dan rasulullah s.a.w....


 Jika anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh


mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda

akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan) .


 
 
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan


spt:


1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum
matahari naik.. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan
lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi
kebanyakan badan tak gemuk.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.

  InsyaAllah jauh dari penyakit... (susah nak kena sakit).



3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas       membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis  membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan..



4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi
ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan