Welcome to my Official blog.. Enjoy your reading at here ♫

Isnin, 20 Disember 2010

PEMBINASA KERAJAAN ISLAM

Pada tahun 1258 Khalifah Bani Abbasiyah, yang luas wilayahnya saat itu hanya Irak dan Syria sekarang, diserang oleh tentera Monggol di bawah Hulagu Khan, cucu kepada Genghis Khan. Dalam perjalanan menuju ke Baghdad, Hulagu Khan memiliki beberapa pasukan yang berjalan serentak ke kota itu, dan mengepungnya. Khalifah diperdaya oleh janji-janji dari menterinya iaitu Umaiyiddudin Muhammad Al-Aqami bahawa tentera Monggol akan keluar sendiri dan kota akan menjadi aman semula. Khalifah tidak menyediakan pasukan untuk mempertahankan Baghdad kerana dikurangkan oleh menterinya yang bersikap khianat . Rukunuddin Al-Daudar yang menjadi panglima ketika itu hanya mampu bertahan seketika dan akhirnya pergi ke Mesir untuk mendapatkan pertolongan .
Baghdad diserang pada tanggal
10 Februari, Khalifah diseksa oleh Hulagu Khan segera setelah itu. Tentera Monggol tidak mahu menumpahkan "darah khalifah" kerana itu memang adat istiadat Monggol , sehingga mereka menyelubunginya dengan permadani dan menginjak-injaknya hingga mati dengan kuda mereka. Semua anaknya dibunuh kecuali seorang sahaja yang masih hidup lalu dihantar sebagai tahanan ke Mongolia.


Berdasarkan petikan diatas, dapat difahami bahawa hulagu khan sering membawa kerosakkan kepada kerajaan islam.Apatah lagi apabila paderi2 kristian mnjadi batu api kepada hulagu khan. Sekiranya ade yg mengikuti kisah2 hulagu khan dapat mengetahui keazaman seorang cucu untuk melakar sejarah seperti datuknya. Selain itu,pembanguna & kejatuhan seorang pengkhianat yg sanggup membelot agama demi status.

Seperti Umaiyiddudin Al-Daudar, beliau merupakan menteri yg amat dipercayai oleh akan khalifah. Kerana harta & pangkat, beliau seakan lupa akan maruah agama yg perlu dipelihara. Beliau sering membuat tipu helah bersama hulagu khan untuk memperdayakan khalifah & untuk menakhluk baghdad. Bandar yg dikenali sebagai ''1001 malam'' hancur bersama kitab2 agama dan ilmiyah. Buku2 islam ditenggelamkan di sungai. Rakyat dibunuh, harta dirampas dan wanita diperkosa. Sungguh sedih apabila mengetahui bahawa yg menjadi tali barut adalah orang islam. Kisah ini dapat diambil pengajaran oleh orang islam. Yg paling menyakitkan masjid dan tmpat2 ibadat di musnahkan. Disana sini terdapat mayat.

Antaranye:

  • sebagai rakyat kita seharusnya mentaati pemimpin
  • jangan pentingkan diri sendiri
  • jangan percayakan orang lain dan jangan melibatkan orang lain di dalam urusan keluarga/negara/pekerjaan
  • hal agama perlu dipelihara

Oleh itu, kita perlu menjaga agama islam agar tidak ditindas oleh orang bukan islam sperti kisah ini. Okeyy!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan