Welcome to my Official blog.. Enjoy your reading at here ♫

Isnin, 20 Disember 2010

KONSTANTINOPEL KOTA REBUTAN

Constantinople atau Konstantinopel (Bahasa Greek: Κωνσταντινούπολις, Constantinopolis, atau Πόλις, Polis) merupakan nama lama bagi Istanbul. Bandar ini pernah dikuasai dan mejadi pusat pemerintahan empayar Rom dan Byzantine sebelum ditawan oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Bandar ini pernah dikenali sebagai Byzantium tetapi dinamakan semula sempena Maharaja Constantine I yang membina semula dan membangunkannya pada 330 M. Ia dinamakan semula kepada nama sekarang Istanbul pada 1930 [1][2] sebagai sebahagian dari pembaharuan Atatürk untuk Turki.
Semasa zaman Empayar Byzantine, bandar ini mengalami kemajuan dan kemakmuran dan merupakan pusat keagamaan
Kristian Ortodoks. Constantinople masih lagi merupakan pusat pentadbiran Gereja Kristian Ortodoks sehingga hari ini. Dalam pemerintahan Maharaja Justinian I, bangunan agung Hagia Sophia dibina.
Pada 1453, Sultan
Muhammad al-Fatih telah menyerang dan berjaya menawan Constantinople. Sultan Muhammad telah membina semula bandar ini, yang kemudiannya menjadi pusat pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah dari 1453 hingga 1922.


Anin suke citer ni. KONSTANTINOPEL satu name yang cukup gah pada zaman Uthmaniyyah dan merupakan pusat keagamaan kristian. Pada zaman itu, orang kristian amat membenci orang islam hingga mengutuskan paderi yg paling pandai untuk berlawan pasal agama. Akhirnya, paderi itu menganut agama islam. Ini membuktikan bahawa islam merupakan agama yang benar. Mengikut hadis rasullulah, ''yg boleh menawan kta itu adalah raja yang baik , tentera yg baik dan rakyat yang baik''. Maksud hadis ini bagi menakhluk kota itu raja perlu mempunyai sifat yang baik sperti tidak menindas rakyat, tidak meninggalkan suruhan agama dan sebagainya. Rakyat dan tentera juga harus mentaati perintah allah dan raja. Hadis ini berlaku dalam pemerintahan uthmaniyyah. Peristiwa ini penakhlukan konstantinopel menjadi lambang kegemilangan umat islam pada masa itu.

Konstantinopel iaitu istanbul telah menjadi pusat islam sepenuhnya hingga sekarang. Cerita ini menjadikan anin kagum akan kehebatan dan kecerdikan orang zaman dahulu dan memeberi kesedaran bahawa orang kristian pada zaman dahulu amat membenci islam.
Adakah zaman sekarang sama sahaja??? Erm... ''RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL''.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan